Kegembiraan menyambut bayi dalam kalangan orang Melayu akan diikuti dengan jemputan kepada keluarga, sahabat dan Jiran tetangga untuk kenduri dan mengadakan majlis bercukur jambul. Tiga Mahsiswa KKN Internasional dari (UNUGHA) Universitas Nahdlatul Ulama Al Ghazali Cilacap yang benama Nadila Catur Nuraeni, Salwa Ilham Wijaya Putra, dan Siti Nur Makhya berkesempatan menghadiri acara aqiqah atau yang sering disebut cukur jampul bersama ibu-ibu muslimat dan bapak-bapak ranting NU Jalan Kebun.
Pada kebiasaan juga ibadah akikah akan disempurnakan dengan tahlil lengkap beserta doa Bersama dan dimeriahkan dengan kompangan oleh ibu ibu muslimat jalan kebun. Kebiasaannya majlis cukur jambul ini meriah kerana ketika itulah bayi diperkenal kepada kebanyakan adik- beradik, saudara mara, rakan dan tetamu. Kelengkapan untuk bercukur Jambul disediakan di atas dulang berisi tiga mangkuk atau piring yang berisi air tepung tawar, beras kunyit dan bertih/gunting.
Menggunting sedikit rambut bayi Itu untuk dimasukkan ke dalam kelapa berisi air. Bilangan orang yang menggunting rambut bayl blasanya dalam angka ganjil. la dilakukan secara bergilir juga, selepas selesai tetamu lelaki, pihak wanita pula mengambil alih.

